Pages

Subscribe:

Labels


Tuesday, September 27, 2011

Rumusan - Tabiat Berbelanja yang Baik di Kalangan Pengguna

Tajuk : Tabiat Berbelanja yang baik di kalangan pengguna.

Kegawatan ekonomi memaksa semua orang supaya berjimat dalam berbelanja. Tidak seperti sebelum ini, perbelanjaan yang hendak dikeluarkan perlu dirancang dengan betul, iaitu untuk membeli barangan yang benar-benar diperlukan sahaja. Penjimatan ini termasuklah perbelanjaan persekolahan anak-anak. Jika sebelum ini bapa memberi dua ringgit untuk sehari kepada seorang anaknya, tetapi sekarang mereka mungkin mengurangkan menjadi seringgit sehari. Walau apa pun, yang nyata banyak keluarga membuat potongan perbelanjaan mengikut keperluan dan cara masing-masing.

Sebenarnya jika diamati, kita banyak membelanjakan wang untuk membeli barangan yang tidak begitu penting dalam keperluan harian. Contohnya, penggunaan lampin pakai buang untuk anak kecil yang begitu popular di kalangan ibu moden. Sebelum ini, para ibu menggunakan lampin yang dibasuh setelah digunakan tetapi telah bertukar kepada lampin pakai buang yang berharga hampir satu ringgit sehelai. Bayangkanlah jika seorang ibu yang mempunyai dua atau tiga orang anak yang masih menggunakannya, banyaklah wang yang dibazirkan untuk tujuan ini. Jika selama ini sesebuah keluarga berbelanja agak besar, sekarang mereka perlu berhati-hati. Mereka harus membuat potongan mengikut kepentingan dan keperluan semasa. Perbelanjaan yang penting seperti belanja yang berkaitan dengan pendidikan anak-anak umpamanya tidak disentuh.

Kegawatan ekonomi seharusnya dijadikan satu pengajaran untuk mendidik ahli keluarga supaya berjimat ketika berbelanja. Kalau sedikit masa dahulu, ibu bapa kita tidak berbelanja atau berjalan tanpa kasut ke sekolah, inilah masanya kita boleh kembali ke zaman pemerintahan Jepun untuk merasai keperitian hidup. Namun kerunian sekarang adalah masa sebaik-baiknya untuk menunjukkan persamaan keadaan antara anak-anak dengan zaman datuk nenek mereka.

Sebelum ini, kita sebenarnya kurang berdisiplin dalam berbelanja. Kita membeli sesuatu barangan mengikut cita rasa, bukanyya mengikut keperluan semasa. Kita sanggup berhutang atau meminjam wang untuk mendapatkan apa yang kita inginkan. Walau bagaimanapun, kegawatan ekonomi dan sekatan pinjam yang dikenakan oleh pihak bank telah menyedarkan masyarakat agar tidak boros dalam perbelanjaan. Masing-masing mula berusaha untuk menyelesaikan hutang bagi meringankan beban dan masalah. Malah jarang ada pihak yang sanggup memberi hutang kepada orang lain kerana bimbang masalah akan timbul.

Bagi mereka yang mempunyai anak, adalah lebih baik jika mereka mengawal perbelanjaan kerana pembiayaan pelajaran anak-anak ke institusi pengajian tinggi semakin mahal. Oleh itu, kita sepatutnya menggunakan masa kegawatan ekonomi sekarang ini untuk berjimat cermat dan menabung demi masa depan yang lebih terjamin.



_@ AdMin @_


0 comments:

Post a Comment