Pages

Subscribe:

Labels


Saturday, September 10, 2011

Faedah-faedah penerokaan angkasa lepas ( SPM 2008 )

Tajuk : Faedah-faedah penerokaan angkasa lepas dan cara-cara untuk menarik minat masyarakat terhadap bidang penerokaan angkasa lepas.

Pembabitan Malaysia dalam bidang penerokaan angkasa lepas bermula pada awal 1980-an sedangkan bidang tersebut telah diceburi awal lagi oleh sesetengah negara lain. Pada mulanya rakyat Malaysia bertanya-tanya sama ada penglibatan dalam bidang angkasa lepas itu benar-benar berbaloi dengan kos tinggi yang dilaburkan. Walau bagaimanapun, persoalan itu telah terjawab apabila Malaysia diakui sebagai antara negara yang memiliki sistem komunikasi yang terbaik di dunia.

Belakangan ini , Malaysia terus mengorak langkah dalam bidang tersebut apabila melaksanakan program penghantaran angkasawan pertama ke angkasa lepas melalui kerjasam dengan beberapa buah negara lain. Pemilihan caloon angkasawan pertama negara tidak menghadapi sebarang masalh kerana ramai peserta telah menawarkan diri untuk menyertainya. Calon-calonya terdiri daripada pendidik, doktor, jurutera, saintis and juruterbang. Kejayaan program ini memberikan impak yang besar kepada negara untuk terus maju dalam bidang penerokaan angkasa lepas. Melalui program ini juga negara dapat menjalin kerjasama yang lebih erat dengan negara-negara yang sudah maju dalam bidang tersebut. Secara tidak langsung, kerjasama dengan negara-negara terbabit membolehkan rakyat Malaysia mencontohi cara mereka bekerja dalam bidang tersebut.

Masyarakat yang pada suatu ketika dahulu ragu-ragu akan manfaat penerokaan angkasa lepas, kini menerima hakikat bahawa sistem komunikasi yang semakin canggih iala hasil daripada penerokaan angkasa lepas. Lecanggihan sistem komunikasi ini, seperti penggunaan Internet, telah menyebabkan bidang perniagaan dan pemasaran semakin meluas. Kita boleh mencontohi negara-negara maju yang menggunakan Internet untuk tujuan penyelidikan dalam pelbagai bidang. Selain itu, peluang pekerjaan dan perkhidmatan turut berkembang sering dengan perkembangan sistem komunikasi ini.

Satu lagi bukti pembabitan Malaysia dalam bidang angkasa lepas ialah pelancaran tiga buah satelit ke angkasa lepas. Menerusi pelancaran satelit ini, sistem komunikasi negara terus berkembang maju yang akhirnya dapat dimanfaatkan oleh seluruh rakyat. Kerja-kerja pemetaan, pengawalan dan pemantauan alam sekitar dapat dilakukan dengan lebih mudah melalui satelit. Sesungguhnya, kejayaan dalam penerokaan angkasa lepas ini bukan sahaja dapat memperluas bidang tersebut, tetapi turut memberikan suntikan dalam perkembangan bidang-bidang lain seperti pendidikan penyelidikan dan perubaan. Program penerokaan angkasa lepas ini mempunyai peluang yang cerah untuk berkembang pada masa hadapan. Oleh sebab itu, langkah yang sistematik harus diambil supaya pada suatu hari nanti Malaysia dapat melahirkan lebih banyak angkasawan bagi membuktikan kehebatan negara dalam bidang angkasa lepas.

( spm 2008 )
(-@ Admin @-)






1 comment: