Pages

Subscribe:

Labels


Monday, September 12, 2011

Rumusan - Kesan Negatif Komputer kepada Pelajar

Tajuk : Kesan negatif komputer kepada pelajar.


Sistem pelajaran anjal dengan penggunaan sistem telekomunikasi membolehkan pelajar menimba sebanyak ilmu dan pengetahuan yang mungkin. Malah konsep itulah yang telah mengilhamkan sistem pendidikan bestari termasuklah di negara ini.

Walau bagaimanapun, dari segi pendidikan, guru di sekolah masih lagi diperlukan. Antara sebabnya adalah, tidak kira secanggih mana pun alat bantu mengajar yang dihunakan, belum mencukupi untuk menjamin pendidikan yang berkualiti dan berkesan. Sesetengah pelajar mungkin menyalahgunakan teknologi atau salah faham dan salah tafsir tentang apa yang diajar.

Di sini guru dapat memainkan peranan sebagai pembimbing, lebih-lebih lagi dalam memperbetulkan kesilapan yang dilakukan oleh pelajar. Namun demikian, peranan guru dalam era Teknologi Maklmat ( IT ) berbeza dengan peranan guru pada masa lampau. Kini mereka bukan sahaja mengajar sepenuh masa seperti dulu, malah perlu menyelia serta terbabit dalam pertukaran pendapat dan perbincangan.

Paradoksnya, mungkin ramai pelajarakan hilang kebolehan dalam membaca dan berfikir. Hal ini kerana mereka terlalu banyak menghabiskan masa dengan menonton televisyen, bermain komputer atau internet yang digunakan sebagai alat bantu pelajar.

Sebilangan besar daripada mereka mendapat markah tinggi dalam peperiksaan atau ujian, sebenarnya cuma bernasib baik kerana dapat memberikan jawapan segera yang betul. Hal yang demikian dilakukan dengan menandakan jawapan yang sudah diberi, tanpa mengetahui logiknya atau berusaha untuk analisis sendiri jawapan tersebut. Salah satu punca masalahnya ialah mereka malas untuk berfikir, lebih-lebih lagi dengan adanya komputer, pangkalan data dan internet. Semua ini menunjukkan bahawa alat bantu pelajar seperti komputer atau televisyen tidak menggalakkan mereka menjadi lebih kreatif serta inovatif dalam pembelajaran mereka tetapi sebaliknya.

Di sini akan berlakunya tragedi paling besar yang merundung generasi muda sekarang ini. Sekiranya mereka tidak dilantih untuk berfikir dan menjadi kreatif, bagaimana mungkin negara boleh maju dan hidup mereka menjadi lebihbaik pada masa depan ?

Demikian juga halnya dalam bidang perindustrian. Berikutan prubahan model pengurusan daripada berinsentifkan kuantiti pekerja kepada pengurusan yang berintensifkan teknologi. Maka, di sini terjadilah pemberhentian pekerja yang seterusnya menyebabkan berlakunya pengangguran. Apa yang lebih menyedihkan lagi, golongan yang menganggur ini akan terus tersingkir dari arus teknologi.


Disediakan oleh Admin.

0 comments:

Post a Comment